Saturday, November 26, 2016

Soal Jawab Produk HaiO EziGrow.


Salam Sejahtera & Selamat Pagi.

Tuan /Puan,

Saya ada pertanyaan berkenaan dengan baja Foliar Ezigrow daripada pelanggan saya yang membeli Ezigrow. Berikut adalah respon & persoalan beliau.



1. Anak pokok buah durian yg masih kecil saya mati apabila disembur dgn ezigrow. Adakah krna saya sembur dgn terlalu bnyak? Saya sembur sehingga ke bahagian bawah akar pokok sehingga basah. Kandungan sukatan adalah betul sprti dlm arahan penggunaan.

** Berdasarkan cara penggunaan dan sukatan yang diberi ialah untuk pokok dewasa. Untuk anak pokok buah durian, sukatan ialah 1 tudung dengan 1.5 litre air.

2. Bagaimana saya nak sembur baja pokok buah yg besar? Daun pokok buah besar mmg tak dapat dicapai dgn disembur.

** Untuk pokok buah yang besar, sila sembur pada bahagian akar, pangkal dan sekelilingnya.

3. Kuantiti semburan sebanyak mana pada sebatang pokok buah?

** Bergantung kepada jenis pokok buah dan usia pokok tersebut.

4. Kenapa slps sembur daun pokok buah saya nampak seperti hangus pula?

** Disebabkan dos berlebihan.



Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas...


Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Hai-O Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?

Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?

Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?

Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara penggunaan sukatan (4 gelen/18 liter)

-Untuk tanaman padi guna 90ml - kekerapan 30hari sekali - keluasan 1/4 ekar
-Untuk tanaman kelapa sawit guna 180ml - kekerapan 3-4 kali setahun - untuk 20 pokok
-Untuk tanaman pokok durian, rambutan dan lain-lain buah-buahan guna 90ml - kekerapan 3-4 kali setahun- untuk 20 pokok
-Sayuran berbuah dan bunga-bungaan guna 45ml - kekerapan 7-10 hari - untuk 1/4 ekar
-Sayuran berdaun guna 45ml - kekerapan 7-10 hari - untuk 1/4 ekar


CARA PENGGUNAAN (Pokok Sawit)
----------------------------------------------
Sukatan 250 ml ezigrow + 20 liter air Untuk kira-kira 20 pokok sawit
WAKTU : Pagi : 7.00 – 10.00 Petang : 5.00 – 7.00.

Cara semburan sembur sehingga basah. —Pokok kecil : tanah, batang & daun —Pokok besar : tanah & batang.

Durian yg tua tu kita sembur di bhg akar dah batang Kalau pokok rendah, sembur di daunnya Digalakan sembur kt daun ye? Sembut sekeliling pokok dkt akar biar baja merrsap dlm tanah Kalau kita sembur pda buah boleh menghalang buah jadi buruk tak cthnye jambu air.jambu ni selalu buruk kt dlm.

Daun lebih baik sebab ia lebih bertindakbls mrlalui epirdermis daun Tak ada masalah, boleh jer sembur keseluruhan pokok Biasanya kan 1 botol besar tu bole guna tuk brape ekar ye?
Baja ni jimat sbb kita cmpur dgn aCTir Ikut sukatan yg diberi. Tapi mmg jimat .. Mmg best baja nie...yg blm pernah guna...trylah baru tahu.


Kebaikan Baja EziGrow



KEBAIKKAN BAJA EZIGROW

• Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.

• Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.

• Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.

• Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.
Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.

• Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
Mesra alam dan mudah diuraikan.

• Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.

• Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽

EZIGROW

Baja cecair dengan kekuatan berganda.

⭕Kandungan nutrien , mineral, vitamin yang lengkap yang diperlukan tumbuhan.

⭕Formulasi yang diadunkan bersama teknologi Malaysia dan Jerman.

***⭕PERHATIAN : SIMPAN DI TEMPAT SEJUK / DINGIN


KANDUNGAN EZIGROW (mg/L)

Unsur Makro
Nitrogen  20,000
Fosforus  12,000
Kalium  45,000
Magnesium        5,000
Kalsium    2,500

Unsur Mikro
Besi  400
Manganese  300
Tembaga  400
Zink  400
Boron  250
Molibdenum            5
Humik Asid  5,000
Pengawal Tumbesaran  1,000
pH (Kadar Keasidan)     6.1 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESAN PENGGUNAAN EZIGROW
  • Kualiti & kuantiti buah tinggi
  • Buah cantik
  • Bunga kembang lama
  • Berat
  • Perahan tinggi
  • Hasil lebih dari baja kimia
  • Daun hijau berkilau
  • Pelepah lembut
  • Kos pembajaan rendah
  • Menyuburkan tanah
  • Meneutralkan semula tanah
  • Mengembalikan & mengimbangi nutrien tanah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------